Thursday, September 29, 2011

kerusi dan hati

Suasana sunyi sepi tanpa bunyi. Aku merasakan diri aku kini berada di dalam sebuah makmal. Ya sebuah makmal elektronik. Ada oscilloscope dan komponen berselerak di atas meja. Masih sunyi.

Tiba-tiba sekumpulan manusia lelaki perempuan masuk ke dalam makmal elektronik tersebut. Dan secara tiba-tiba juga, aku mendapati yg diri aku kini tengah bertelanjang tanpa seurat benang.

Ada dikalangan manusia lelaki perempuan itu memerhati aku dengan penuh rasa aneh. Terpaku tanpa suara. Masih sunyi seperti tadi. Entah apa yg mereka perhatikan aku kurang pasti. Yg pastinya, aku mula perasan keadaan diri aku yg aneh ini. Aku kaget!

Aku meluru masuk ke sebuah bilik di dalam makmal tersebut dan terlihat sehelai tuala tergantung di situ. Aku capai tuala itu kalut-kalut. Belum sempat aku mengenakan tuala itu, tiba-tiba ada pula dua orang manusia perempuan masuk ke dalam bilik tersebut. "cilaka apa pulak ni" rungut aku lantas bersembunyi di sebalik sebuah almari. Tapi yg menghairankan aku, kesemua wajah manusia lelaki perempuan di situ kabur dan tidak jelas.

Dan beberapa detik kemudian aku tersedar. Rupa-rupanya terlena di atas kerusi buat aku tercampak ke dalam mimpi yg aneh ni...

Cilaka...!



* hari ini buat aku rasa  sakit hati terhadap mereka-mereka yg iri hati dan aku juga semakin tidak mengerti dengan hati manusia jenis yg satu ni...huhh!

Monday, September 26, 2011

solo dan sejuk

perintang 1 MΩ...60

perintang 100 kΩ...60

perintang 4.7 kΩ...60

perintang 1 kΩ...120

LM741 OP-AMP...60

dan aku...?

hanya aku seorang,

keseorangan cuma,

masih terus hidup,

sejuk.

Thursday, September 22, 2011

Dunia Dia Aneh



Langit nampak gelap, tapi tiada awan mendung. Tiada tanda-tanda hujan mahu turun. Tiada juga angin yang bertiup. Suasana sunyi sepi dan suram. Di suatu penjuru petak bendang, dia duduk mencangkung di atas belakang seekor lembu besar. Sebesar trak Hicom Perkasa.

Suasana masih sunyi dan suram. Dia yang mencangkug di atas belakang lembu sebesar trak Hicom Perkasa itu cuma mendongak melihat langit yang gelap sehinggalah beberapa minit kemudian muncul sekawan hering bersaiz  Jet CF 18 Hornet. Hering-hering itu berlegar di atas kepala dia sambil mengeluarkan bunyi yang aneh-aneh dan membingitkan telinga. Dia sedikit terganggu dengan aksi hering-hering tersebut lantas melompat turun dari belakang lembu sambil menggawang-gawangkan tangan, cuba menghalau. Tiada respon.

Dia mula menjauhkan diri dan dalam masa yang sama, kawanan hering itu mula menyerang serta merobek keluar kulit dan isi perut lembu besar tersebut. Dia terus melangkah meninggalkan lembu besar yang sedang menggelupur kesakitan dipatuk kawanan hering. Langkahnya terhenti apabila terlihat sepasang Spanish Ibex yang tengah ghairah mengawan. Dia leka memerhati pasangan bertanduk itu bersenggama. Kadang-kadang pasangan itu mengeluarkan bunyi persis suara-suara dalam filem porno yang pernah dia tonton dulu. Namun dia tidak sedikit pun terangsang dengan aksi itu malah meneruskan perjalanannya yang entah ke mana.

Dia jadi keliru apabila di depannya kini mengalir sebatang sungai yang di dalamnya terdapat monyet-monyet berbulu lebat sedang leka berenang ke sana ke mari. Manakala di tepi sungai itu pula ada deretan Cypress yang subur menghijau. Dia lihat beratus-ratus ekor ikan lampam sedang melompat dari pokok ke pokok. Dia semakin tidak mengerti dengan keadaan di sekelilingnya. Otaknya sudah tidak mampu menerima semua itu. Dunia ini semakin aneh bagi dia. Dia memanjat naik ke atas batu di tebing sungai.


Kini dia tidak perlu memikirkan keadaan yang berlaku di sekelilingnya lagi. Kepalanya kosong dan berongga. Dia hanya duduk bersila di atas batu yang penuh dengan darah berserta cebisan-cebisan otak yang bersepai serta berbau hanyir. Dia baru saja merembaskan kepalanya di atas batu itu. Dia senang bersiul-siul lagu Ephemeral dendangan Pelican biarpun kini otaknya sudah tiada untuk mengingati bait-bait melodi lagu tersebut. Aneh.

Tuesday, September 20, 2011

sepasang

aku punya sepasang mata

namun

tidak dapat melihat mu setiap masa

aku punya sepasang telinga

namun

tidak dapat mendengar suara mu setiap detik

aku juga punya sepasang tangan

namun

tidak mampu membantu mu setiap waktu

tapi

aku punya sepasang selipar baru!

lawa jugak, warna merah-hitam


"dengan selipar baru ni...melangkah pun rasa lebih yakin...kehkehkeh..."

Saturday, September 17, 2011

macam2 power

walaupun GABAN lebih power daripada POWER RANGERS
tapi sebenarnya perempuan bernama YUNA ini pun power jugak!