Saturday, November 27, 2010

Salah Kerbau Yang Hodoh?

"surat kau dah sampai, tapi duitnya tak ada?" aku terima sms tu tadi. ini bemaksud ada 'orang' yang tak bertanggungjawab dah selongkar sampul surat aku masa proses penghantaran surat itu berlaku! ya, salah aku juga  sebab pos surat beserta wang tunai. nasib baik 6 ringgit ja. kalau 60? 600? 6000? (memang aku tak akan pos la kalau banyak macam tu...haha...bodoh) tak ke rugi aku. sebenarnya aku ada la layangkan surat kepada seorang teman untuk oder stuff dari dia. tapi tak sangka pulak jadi mcm ni! (no problem bos, aku percayakan hang), sori lah yer...nanti aku bank in ja.

masalahnya di sini, aku bukan la nak ceritakan kerugian aku yang tak seberapa tu, tapi aku nak mempertikaikan perkhidmatan pos yang begitu cuai. salah jugak aku selit wang tunai dalam surat tu tapi ada apa masalah pulak dengan 'orang' yang buka sampul aku tu!? apakejadahnya semua ni!? aku bukan la 100% nak menunding jari menyalahkan perkhidmatan pos malaysia, pos thailand, pos sri langka atau sebagainya (apa aku merapu?) tapi aku sangat tak puas hati terhadap individu yang tak bertanggungjawab yang ada terlibat dalam perkhidmatan tersebut. pasaipa pulak yang 'dia' duk pi buka sampul aku tu? tak ke susah kalau sampul yang 'dia' buka tu merupakan surat cinta aku yang aku utus untuk kekasih hati aku? apa pulak akan jadi kalau 'dia' tu pandai² ubah kandungan surat cinta aku tu? tak ke dia menyusahkan aku, bila kekasih aku mintak putus sebab ada sesuatu yang tak kena dengan surat cinta aku tu! susah la macam ni. (eh, ada lg ke orang bercinta main kirim² surat zaman sekarang ha???)

maksudnya di sini, kerna terdapat individu yang bersikap kurang ajaq (aku rasa 'dia' kurang ajaq) dan tak bertanggungjawab dalam perkhidmatan ni telah menyusahkan orang lain sebagai pelanggan yang percayakan perkhidmatan itu. ini adalah sesuatu yang tak bagus! kerna seekor kerbau yg hodoh, kerbau2 lain juga dianggap hodoh. (aku baru reka peribahasa ni...tapi mengapa kerbau?) ini juga bukan soal wang yang hilang tapi soal kepercayaan. orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan yang sedia ada kalau masih wujud individu yang tak bertanggungjawab ni. aku juga bukan la nak salahkan posmen, kerani pos mahupun sesiapa tapi hanya 'dia' yang tahu siapa dia. terlalu anarkis sangat bagi aku kalau pos guna burung merpati. so, harap kejadian macam ni tak akan berulang lagi! sekian.



notakaki : ini soal kepercayaan, jangan sebab benda2 macam ni rakyat/pelanggan 
                jadi mangsa dan hilang   kepercayan. (diorang scan ke sampul nak tau ada 
                duit ke apa...bukak semua sampul dan chek nasib2 ada duit? 
                ah,karut...tak mungkin la).

Wednesday, November 24, 2010

read more, learn more #1

saat abang posman berhenti kat depan rumah aku, aku rasa sangat teruja kerna aku tau 'barang' aku sudah sampai! sehari sebelum hari raya aidiladha bermaksud aku berada di kampung halaman. aku buka sampul surat tu dan aku tersenyum sendiri bila di tangan aku kini terdapat 'a malaysian zine omnibus vol.1'! ya...zine itu sudah menjadi milik aku. thanx to azizi grind!

tengok cover, memang menarik. terlihat seorang punk yang menggalas beg guitarnya di kaki lima kota. artwork yang menarik dari nan (think smart act blur comix zine). zine yang aku maksudkan ini adalah HOMESICK zine di mana untuk pengetahuan anda yang tidak tahu, zine ini telah diriliskan dalam bentuk omnibus iaitu menghimpunkan tulisan-tulisan dari editor zine sekitar tanahair samada yang sudah lama mahupun yang baru dalam scene zine tempatan. diterbitkan 80% dalam bahasa ibunda dan 20% dalam bahasa penjajah. projek omnibus ini dijayakan dengan saudara nizang dari mosh zine sebagai moderator.

dengan terhasilnya zine seperti ini menunjukkan bahawa kewujudan zine dalam scene punk/hc bukanlah bersifat persaingan tetapi ia wujud untuk solidariti sesama editor, mahupun pembaca dan yang mendukung usaha itu sendiri. syabas diucapkan untuk editor-editor yang terlibat dalam menjayakan projek omnibus ini!
satu usaha yg bagus dalam memastikan budaya zine ini tak "mati" dalam scene punk/hc tempatan. aku harap homesick ini aku terus wujud untuk isu² yang seterusnya. dan aku juga harap selepas ini lebih ramai editor² zine serata tanahair mengambil bahagian. go!

aku rasa sangat 'sedap' untuk membaca zine dalam bentuk omnibus ini sebab aku dapat baca pelbagai isu/pendapat/gaya penulisan dari editor² zine yang berlainan dalam satu zine! aku pula tengah bercuti ketika ini, memang la best aku duk rileks² sambil baca zine. macam² isu yang diketengah oleh editor² yang mengambil bahagian dalam zine ini. ada yang menulis tentang isu semasa, menulis tentang kehidupan penulis, ada yang berkisar mengenai scene punk/hc tempatan, ada yang mengutarakan tentang zine culture dan salah satu daripadanya yang menarik perhatian aku adalah tentang kesihatan! bebelan oleh ayien (adaptation zine) yang bertajuk "oral dan cara pemakanan". sangat enak untuk dibaca kerana beliau bercerita tentang penjagaan oral atau gigi di mana sesetengah individu memandang remeh terhadap hal tersebut. beliau menerangkan tentang kebaikan flourida untuk kesihatan gigi, merupakan satu bahan yang terdapat dalam ubat gigi. flourida seakan sama seperti komposisi anatomi gigi dan sangat bagus untuk kesihatan gigi! ini menjawab persoalan di mana ada pihak yang pandai² cakap flourida itu bahaya untuk kesihatan. selain itu, beliau juga ada menyebut tentang kebaikan xylitol iaitu satu bahan  menggantikan sucrose (gula) yang terdapat dalam chewing gum. kata ayien si doktor gigi, "punk tu punk juga...tapi gigi kena jaga!" haha...satu penulisan yang bagus aku rasa.

antara zine² yg terlibat dalam homesick ini merupakan zine² yang dah lama wujud mahupun yang baru dalam scene local. antara yang terlibat adalah :

- Abstained Agogo 9.1
- Conscious
- DRSA #10.2
- Adaptation 4 1/2
- A Dream ? vol.2.5
- Ancaman Kecil #2.5
- Bebal #9
- Qaseh Sayunk 3.5
- Mosh # 13.5
- Dead Memories issue5
- Hitam Putih #2.1
- Masked Reader #11
- Sebutir Bintang Merah
- Ranjau Di Jalanan #5
- Blur #4.5

sekali lagi syabas, dan kudos untuk mereka² yang terlibat! aku harap homesick akan terus kekal untuk isu² yang seterusnya bagi memeriahkan lagi scene punk/hc tempatan. go! sekian.


homesick 'a malaysian omnibus zine vol.1'. untuk dapatkan zine ini sila hubungi saudara nizang berdasarkan alamat yang tertera dalam gambar di atas. ayuh, support zine tempatan!

Thursday, November 11, 2010

Bernafas Lega

fuhhh...! aku menghembus nafas lega (berserta asap rokok yang di dalamnya dipercayai mngandungi 4000 jenis bahan kimia - tapi aku masih tetap hisap juga!) . paper dah habis, exam dah tamat! jadi aku sedikit lega dan rasa bebas dari belengu peperiksaan yang aku rasa agak menyebalkan bagi seorang student yang suka study last minute macam aku. susah juga terjebak dalam bidang kejuruteraan ni. hampir 2 minggu aku terpaksa menghadap buku/modul untuk subjek yang aku ambik sem ni. malay ada english ada nasib baik modul aku tak ada yang dalam bahasa sanskrit!

jadi, sekarang adalah masa aku bertenang sebelum keluarnya result (di mana ketika itu perasaan berubah menjadi seolah² seorang kanak-kanan yang cuak menunggu giliran bersunat). masa yang agak terluang macam ni aku rasa bagus untuk aktivi pembacaan zine lah. aku dah oder zine dari saudara azizi (editor BEBALZINE). bebal zine isu-10 yang dia pos 2 minggu lepas pun aku baru saja habis baca. menarik juga isu kali ni. kalau ada masa nanti aku rasa macam nak tulis/ulas (cara aku sendiri) tentang isu2 yang dimuatkan dalam zine² yang aku baca. aku rasa gembira juga sebab masih wujud editor² zine yang tetap rajin dan tak jemu² menulis begini. go!

aku rasa, adalah amat bagus kalau aku pelbagaikan bahan bacaan aku. sekurang-kurangnya tak ada lah aku rasa macam tinggal dalam aquarium kosong. (apa yang aku cuba maksudkan?) dan aku rasa aku pelu baca apa saja yang aku rasa ingin baca. membaca itu pun memerlukan teknik yang tersendiri. baru lah apa yang kita baca itu memberi kesan terhadap perkembangan pengetahuan, tingkahlaku mahupun hidup kita. dan selain bermusik, berpuisi, melukis atau menulis aku rasa membaca juga satu art.


notakaki: aku bukan seorang pembaca tegar ataupun ulat buku

Friday, October 29, 2010

INI CERITA SERAM

Jam di dinding sudah menunjukan pukul 1.17 pagi. Meon masih tak dapat melelapkan matanya. Di fikirannya masih terbayang-bayangkan Senah, janda anak satu jiran selang 2 biji rumah dari rumahnya. Lengang-lenggok si Senah yg montok itu menerjah di segenap pelusuk minda Meon. "ishkkk...kalau la aku dapat janda Senah tu..." Meon bersuara sendirian dengan nada geram berbaur ghairah. Si janda Senah benar-benar membuatkan batin si teruna itu meronta-ronta rakus! Meon berpusing ke kiri dan kanan, masih tak dapat melelapkan mata.

Kira-kira 30 minit telah berlalu, namun dia masih tak dapat lena. "arghhhhh! bodoh la..." ntah setan apa yang merasuk Meon, secara tiba-tiba dia menjerit sendirian. Meon bingkas bangun dan terus menuju ke dapur. Dia membuka peti ais dan mengintai-ngintai seketika. Terpandang carrot susu yang dibelinya di pasar malam awal tadi. Masih ada separuh gelas. Meon mencapai gelas tersebut..."ggulp...ggulp..." Meon meneguk carrot susu tersebut penuh nafsu. Meon kemudian berjalan ke ruangtamu sambil membawa gelas berisi carrot susu tersebut. Dia menyalakan sebatang rokok suria. Kerna matanya masih belum mahu pejam, Meon mengambil keputusan untuk melepak di luar rumahnya.

Kesunyian malam yang diiringi dengan bunyi cengkerik itu membuatkan hatinya tenteram. Meon menikmati suasana malam sambil menghembus asap rokok suria...berbau cengkih. Sambil itu dia terus meneguk sisa-sisa carrot susu yang masih ada di dalam gelas. Matanya memerhati keadaan sekeliling yang suram hanya diterangi lampu jalan. Sedang asyik Meon meneguk minumannya, tiba-tiba dia terpandang satu lembaga sedang berdiri dibawah limpahan cahaya lampu jalan yang suram itu tak berapa jauh dari rumahnya. Setelah diamatinya betul-betul, dia yakin itu susuk tubuh seorang manusia. Tapi apa manusia tu buat kat situ? Pekerjaan bodoh apakah yang sedang dilakukan oleh manusia itu sambil berdiri tercegat di bawah tiang lampu jalan? Dan kenapa pulak manusia tu nampak macam sedang memandang ke arahnya? Soalan demi persoalan terus menerjah ke dalam kepala Meon.

Semakin lama Meon merasakan susuk tubuh misteri itu seolah-olah semakin menghampiri kawasan rumahnya. Sekali Meon mengelip matanya, susuk tubuh tersebut semakin hampir kepadanya. Meon jadi kaget! "mnatang apa pulak ni, pagi-pagi buta macam ni!?" Meon merungut sendiri. Setelah 7 kali Meon mengelip matanya, susuk tubuh tersebut sudah pun berada betul-betul di depan pintu pagar rumahnya! Perasaan seram yang amat sangat terus menjalar ke seluruh tubuh Meon. Dengan bantuan cahaya lampu jalan di depan rumahnya, Meon dapat melihat dengan agak jelas apakah yang sedang berdiri di depan pintu pagar rumahnya itu. Seorang lelaki yang berwajah pucat ala-ala orang mati, memakai long coat kolar terangkat sedang memerhati tepat ke arahnya. Berderau darah Meon. Dia kini kaku seperti patung akibat sangat takut. Secara mendadak, lelaki berwajah pucat dengan long coat kolar terangkat tu terus melompat dan melayang melepasi pagar di halaman rumah Meon. Meon makin terkejut beruk dan terus menggigil ketakutan. Beberapa saat sahaja, lelaki misteri itu sudah pun berada betul-betul di depan Meon. Dengan wajah yang pucat dan mata kemerahan lelaki misteri itu tersenyum memandang Meon sambil mempamirkan sepasang taring yang tajam meruncing! "i needs your bloods" lelaki misteri itu bersuara dengan nada serak-serak basah dan terus mencekik leher Meon.

Belum sempat taringnya terbenam ke leher Meon, tiba-tiba..."pangggggg!" satu tamparan yang sangat kuat umpama tamparan seorang askar pencen terhadap anaknya yang kantoi mencuri duit dalam poket seluar singgah di pipi lelaki bertaring tersebut. "ni apa kejadahnya pulak dracula yang muncul nih!? hang tau dak, ni kat mana? ni Changlun,Kedah...tak dak dalam sejarah lagi dracula mai Kedah...nampak sangat cerita ni tak logik! lagipun mana ada dracula kat Malaysia cheq oi!" Meon terus memarahi dracula itu. "ka hang nak pi danok?" Meon terus menyindir dracula tersebut. "i'm sorry sir..." dracula itu terus ghaib akibat malu kerna dimarahi Meon. Rokok suria masih di mulut, Meon membuat sedutan yang terakhir dan membuang puntung rokok tersebut. Dia masuk ke rumah dan terus menuju ke biliknya. Dia merasakan adalah lebih enak jika dia tidur dan bermimpikan janda Senah.




hantu omputih ni boleh diajak bersembang, tak macam hantu-hantu kat malaysia
yang kebanyakannya style rasuk orang pastu bunuh  [rujuk filem-filem seram tempatan]
 

Saturday, October 16, 2010

Saya Orang Pertama

"ini merupakan berus gigi terbaru ciptaan kami...ia mempunyai ciri2 alat membersih gigi yg sgt canggih, mempunyai berus bulat di bahagian depan dan boleh berputar secara auto bila anda masukan ke dalam mulut utk memberus gigi anda. berus gigi ini dapat membersihkan gigi di bahagian luar dan dalam kerna bentuk berusnya memang direka khas utk tujuan itu. selain itu, ia juga mempunyai batang pemegang yg boleh di cabut dan boleh ditukar ganti dgn pelbagai jenis warna pilihan kesukaan anda. ayuh dapatkan segera sementara stok masih ada! hanya rm6.50 setiap satu ".kata seorang jurujual berus gigi di sebuah rilis party berus gigi produk follow me.

orang ramai yg teruja mendengar ceramah berus gigi tu berpusu-pusu ke depan utk mendapatkan produk tersebut.
aku buat muka slumber pak lebai. dalam hati tergelak sinis "eleh aku dah ada berus gigi ni, baru ja beli tadi kat minimarket berhampiran. aku dpt berus gigi tu 2inggit ja, tokei minimarket tu jual kt aku yg display utk promosi punya". aku org 1st yg dpt berus gigi tu, memandangkan hanya minimarket tu ja yg jd pengedar tunggal produk tersebut. dah la tu, aku dapat murah pulak! hahahahaha...aku tergelak bangga. uhukk2, aku terbatuk dan terus terjaga.

macam celaka ja mimpi aku kali nih! apa punya mimpi lah, berus gigi yg bukan2 boleh muncul dalam tidoq aku.kalau mimpi megan fox ok la jugak. ini berus gigi yg muncul. ishkkk...pelik sungguh! ptg semalam aku balik ke cpc bundle, time nak mandi baru aku sedaq yg aku tertinggal berus gigi. malam aku keluaq lps tu aku beli berus gigi baru. tak sangka pulak sampai terbawak-bawak dalam tidoq.


notakaki : kesihatan gigi amat penting untuk menjamin kehidupan anda yg lebih 
               baik. anda mungkin kehilangan peluang pekerjaan jika anda tak menghadiri 
               sesi interview kerna sakit gigi.(aku rasa tak sempurna hidup aku kalau 
               tak berus gigi. sehari x mandi ok lg dr sehari x berus gigi)


         

Friday, October 15, 2010

Rokok Naik

Sebagai seorang perokok, aku jadi tergamam bila apek tokei sebuah kedai runcit tu cakap harga rokok naik 7 kupang (70sen) untuk pack 20 btg! Aku kaget, kelu tak terkata...diam seribu bahasa umpama terkena ilmu pukau seorang bomoh handalan. Apabila aku tersedaq semula ke alam realiti, perasaan terkejut berbaur marah bermain-main difikiran aku. Patut kah aku bg penampaq ala2 cikgu disiplin kat apek tu? Pada firasat aku, dia tak bersalah dalam hal ni. Aku rasa ni kali pertama harga rokok naik secara mendadak dan paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga rokok.

Perokok-perokok di seluruh negara masih hangat memperkatakan isu ni. Mesti pakat tak puas hati. Aku sendiri pon rasa cmtu jugak. Aku yg isap Marlboro ni terpaksa keluaqkan RM10 utk dapatkan sebungkus Marlboro softpack20! Pekena nasi kandaq kenyang tuh! Bapak punya mahal! Sebelum ni harga RM9.30 (sebenaqnya mahal jugak...tp bila jd RM10 benda ni nampak lebih nyata tahap “kemahalan”nya). So, mula la merungut tak puas hati. Memandangkan isu ni masih hot, mari kita bincangkan sikit pasal masalah kenaikan harga rokok kpd perokok2 tegar (salah seorangnya,aku).

Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok lebih kurang 3.5 sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 70 sen di dalamnya meliputi duti eksais dan cukai jualan. Terdapa satu kenyataan berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja. Kerajaan memang perihatin kan...juga menambah keuntungan.

Agak-agak la kan, harga rokok yg naik ni mampu bg kesedaran kt perokok2 tegar  kt Malaysia ni? Mungkin ya, mungkin tak. Tp aku rasa la kan ramai yg ‘tak’, naik la sampai 20ringgit pon, kalau dah nak isap tu dia beli jugak! So, sapa yg untung kt sini? Kilang rokok kah? Kerajaan kah? Peniaga rokok kah? atau perokok? Pendapat aku, kerajaan kena paham la rakyat berstatus perokok nih. Naik harga rokok pon tak guna, ckp nk ‘bantu’ bg ‘batu’ ada la...beban. Mmg la rokok bahayakan kesihatan, tp apa salahnya kalau turunkan harga rokok so, duit yg selebihnya boleh la guna utk kos rawatan bila dah kena penyakit akibat dari tabiat menghisap rokok tu.

Ada satu pertubuhan swasta di sebuah negeri tu siap mintak kerajaan naikkan harga rokok sampai RM30. Dia nak bandingkan harga rokok kat Malaysia dengan Singapore...depa dollar kot, kita ringgit. Jadi, ni semua hanya menyusahkan rakyat yang berkerja “biasa-biasa” ja. Yang gaji ribu-ribu mungkin buat tak tau. Tak isap rokok boleh ar cakap. Abis tu sapa suruh isap rokok? Apa nak buat, benda ni ada depan mata. Aku pon satu, dah tau yg Philip Morris tu bapak kapitalis, aku duk beli jugak. Celaka punya kapitalis! Stop terus kilang rokok ar! Tak berani? Takut rugi?

Aku nak beletiaq banyak2 pon tak guna, bukannya harga rokok nak turun walaupon menteri belia dan sukan baca apa yg aku tulis nih (apa kes pulak dgn sukan kt Malaysia?) So, ada otak sendiri pikiaq. (sambil menghembus asap rokok daun)



bagi mereka2 yg ingin berjimat, buleh start belajaq gulung daun rokok sekarang!(aku dah kategori expert...haha)


Sunday, October 3, 2010

Alasan

Aku tak sempat nak post entri baru atau update blog ni. Sekarang aku tengah asyik dan sibuk membaca KAMUS DWIBAHASA/OXFORD/ FAJAR.

(mungkin orang akan percaya alasan ni-sambil intai2 facebook,melihat telatah manusia di situ)