Saturday, September 25, 2010

Obat?

" musik memang baguih...kalau boring², 
   buleh maen gitar selagu ok ar...duk  
   sakit  pon jadi lega!"- pakcik


 ( time aku tengah lepak kat kaunter CPC bundle&jamming studio sambil menghadap sebuah pc tiba² aku didatangi seorang lelaki tua. aku tak tau nama dia, so aku panggil pakcik saja. borak² dengan aku pasal musik, dia ambik gitar kapok petik dua tiga lagu. aku tak kenal dia, tapi yang pastinya dia seorang pencinta music. )

Friday, September 24, 2010

Sadis

Pagi tadi...ketika dalam perjalanan ke kelas.

Aku berjalan dengan pantas ala² warga japan yang sentiasa mengejar masa (sebenaqnya aku dah terlewat 15 minit!). Tiba di suatu persimpangan menuju naik ke tangga yang agak tinggi, lebih kurang 17 anak tangga aku tergamam seketika! Aku terpandang satu eksiden.

Ramai yang terkorban! Bergelimpangan kat atas jalan tu, dengan isi perut yang terburai keluaq. Cebisan² daging bersepah merata-rata. Ada yang masih bergerak-gerak walaupun badan dah tiggal separuh, mungkin cuba untuk mendapatkan bantuan. Kesian pulak aku tengok. Tapi aku dah tak punya banyak masa untuk menghulurkan bantuan. Aku nak cepat ni! 

Aku meneruskan langkahku dgn slumber rock. "Praaap" aku terpijak sesuatu! Aku angkat kaki aku...alamak! Aku terpijak mangsa eksiden tu. Beliau mati serta merta. Alahai kesian pulak aku kat ulat gonggok ni. Eksiden lagi...ramai yang mati akibat dipijak oleh student yang lalu-lalang. Kesian kat ulat gonggok. Sapa suruh lepak ramai² kat atas jalan tu, kan dah kena pijak. Nasib hang la ulat gonggok oi...sadis.

Thursday, September 23, 2010

Terbatas

Pejam celik, pejam celik dah sebulan lebih laptop aku hilang. Hati masih panas! Nasib baik la ni musim hujan so xda la panas sangat. Petang ja, mesti hujan. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai-renyai ja. Tp yang pasti, time tu amat enak untuk tidoq.Tidoq petang babe! Jaga ja dah dekat nak maghrib. Bila dah lama sangat tidoq petang, mai time malam ja mata mula la terbeliak. Susah nak pejam... hah,time ni la aku mula rasa bosan ditambah pulak dengan ketiadaan laptop aku! Nak dengaq lagu tak buleh, nak jelajah khayalan kat pangkal otak sambil tulis blog pon tak buleh! Semuanya terbatas, apa punya mangkaq la...tp aku teruskan sifat cool dalam diri. Tak mati pon kalau tak buleh online. Orang-orang zaman dulu  sebelum wujudnya piring hitam rilex ja lepak-lepak minum kopi sambil isap cerut cap ikan...tak gaduh nak online pon. Tapi aku dah start menabung duit syiling, nak beli laptop baru!

(kawan aku gunakan laptop untuk buat assingment dan main game ja, dia kurang minat terhadap alam siber... mungkin fikiran dia masih bersama orang2 di zaman sebelum wujud piring hitam... time ni la aku ada peluang untuk online! la.la.la)

Thursday, September 2, 2010

PENGETAHUAN

Di suatu sudut yang agak terlindung dari penglihatan,suasana yang suram dan agak sunyi...

Orang 1 : Kau tahu tak?
Orang 2 : Tak tahu...
Orang 1 : Memang ar kau tak tahu!
Orang 2 : Sebab kau tak beritahu!
Orang 1 : Kau yang tak pernah ambik tahu...
Orang 2 : Apa yang kau tahu?
Orang 1 : Kau bukannya tahu pun kalau aku beritahu...
Orang 2 : Coba kau beritahu aku!
Orang 1 : Apa yang kau nak tahu?
Orang 2 : Mana lah aku tahu!
Orang 1 : Kau tak tahu apa yang kau nak tahu?
Orang 2 : Memang ar, sebab aku tak tahu apa yang kau tahu!
Orang 1 : Aduh! Macam mana aku nak beritahu kau,
               sedangkan aku tak tahu apa yang kau nak tahu.
Orang 2 : Oh, aku tahu!
Orang 1 : Apa yang kau tahu?
Orang 2 : Mungkin kita sama-sama tak tahu...

Mereka terdiam seketika, sambil menggaru-garu kepala
walaupun tiada rasa gatal. Kedua-duanya makin kabur dan hilang larut bersama udara sekeliling.

Wednesday, August 25, 2010

LESAP!

Tanggal 20/08/2010 bersamaan 10Ramadhan...Laptop Compaq CQ42 ber'prosessor' COREi3 gua telah lesap dikebas orang! Gua tergamam tak terkata! Bilik gua kena ceroboh! Celaka tu 'sapu' laptop gua ja! Nasib baik barang-barang lain selamat.Tapi gua memang tak puas hati! Dah dua kali berlaku kecurian di bilik gua. Celaka tu buat jahat tak kira waktu,bulan posa pun mau tambah dosa! Tak dapat kat gua tak apa,kalau dapat binasa lu jawabnya! Tapi gua sebagai insan yang teraniaya tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu berserah (gua rasa macam nak santau ja celaka tu). Gua sendiri tak tau apa salah gua.

Tak pernah pulak gua curik barang orang sebelum nih. Hukum karma? Ntah la...gua masih terfikir kesilapan masa lampau gua. Tapi yang pasti gua tak mencuri barang orang. Redha ja la (alahai celaka, lu tunggu la nasib lu nanti). Segala penulisan gua tertangguh di sini,semuanya gara-gara si pencuri celaka. Gua sumpah hidup lu merana 7 keturunan sampai la lu datang melutut kat gua!

Astaghfirullah.

Wednesday, August 18, 2010

Aku baru bikin blog

Sebenarnya ini kali pertama aku menulis untuk blog (maksudnya kali kedua selepas entri yang pertama). Aku baharu saja melibatkan diri dalam penulisan ni (penulisan blog). Sebelum ni aku hanya menulis untuk diri aku sendiri. Kalau ada masalah atau ketidakpuasan hati, aku coretkan saja atas kertas A4 lepas tu aku renyuk-renyukkan dan buang dalam tong sampah. Kenapa aku buat begitu? Aku sendiri tak pasti,apakah masalah yang aku hadapi akan turut “terbuang” bersama kertas itu? Haha… tak mungkin… Tapi sekurang-kurangnya aku sedikit lega.  

Entah kenapa aku rasa terpanggil untuk menulis di blog ini,mungkin dapat berkongsi  hasil penulisan aku yang tak seberapa ni. Ini sebagai permulaan. Perut yang kekenyangan akibat berbuka puasa tadi menyebabkan idea aku untuk menulis agak terbantut. Nyalakan sebatang Marlboro (softpack) sambil dengar lagu berjudul “Real Life Exploitations” dendangan OSMANTIKOS yang dipetik dari  EP mereka,Burn All The Oder! Tiba-tiba ada budak ketuk pintu bilik aku. Penulisan aku terhenti seketika. Aku nampak budak tu bawak tabung, kutip derma untuk rumah anak-anak yatim katanya. “tak kesah berapa,janji ikhlas”… Aku ambil duit dalam poket seluar dan masukan dalam tabung tu. Nilainya aku tak dapat nyatakan di sini (nanti jadi tak ikhlas pulak). Aku jadi terfikir sejenak tentang nasib anak-anak yang kurang bernasib baik tu. Mereka menempuh ramadhan dalam serba kekurangan dan tak lama lagi akan menyambut hari raya tanpa ibu dan ayah. Pilu…

Aku rasa cukup setakat ni, sebabai permulaan. Ada pula rakan yang datang mengajak untuk turut serta dalam acara menyambut birthday seorang rakan sekelas. Apa aku nak bawak? Budu! Ya budu… memang rare jika dicampur dengan sirap!

REALITI

Sejenak di pasar malam... "Abah dah kata! Abah dah kata dah!" kata seorang bapa kepada anak kecilnya yang diam seribu bahasa kerana terjatuh ke dalam longkang .Anak kecil itu merasa agak tertekan berada dalam situasi tersebut.

Si anak semakin tertekan dengan sikap ayahnya yg masih bersuara berulang-ulangkali..."Abah dah kata dah..Abah dah kata dah,adik mesti jatuh longkang...Abah dah kata dah!"

Si anak kini berada dalam kecelaruan,hanya diam membatu tanpa ada tanda-tanda ingin keluar dari longkang itu.Dia keliru samada ingin menangis,ketawa mahupun bersuara.Di dalam kepalanya berlegar-legar persoalan demi persoalan.Patutkah dia menangis dalam situasi begini? Mengapa ayahnya terlalu lama mengambil masa untuk mengangkatnya keluar dari longkang itu? Asyik mengeluarkan kata-kata yang sama sahaja berulangkali,mengapa tidak diangkat saja dia keluar dari longkang yang busuk itu?

Akhirnya,si bapa mengangkat keluar si anak dgn mulutnya masih lagi berkata "Abah dah kata dah! Abah dah kata dah tadi."Ini membuatkan si anak semakin benci mendengar perkataan itu! Damn!