untuk apa kau merindui seseorang yang ternyata sudah semakin jauh?tak. ini bukan soal jauh atau dekat. segalanya tentang rasa. kau fikir dia juga berkongsi rasa yang sama? aku tak fikir begitu.sebenarnya, ia bukan perihal rindu melainkan tentang aku; manusia yang gagal membunuh kenangan.
seorang manusia yang berperasaan pada seorang manusia yang lain. sesama jantina mahupun berlainan jantina. ada yang meniti kebahagian dan tak kurang juga yang meredah kedukaan. kadangkala; ini semua membosankan. ya, ini semua bukanlah erti sebenar kehidupan. kerana kehidupan ini terlalu luas wilayahnya untuk diterokai. dalam cermin ada kau ~ dalam kau ada aku ~ dalam aku ada diri ~ dalam diri ada ruh ~ dalam ruh ada jalan— menuju tuhan.
baru terbit! novel eksperimental, sebuah novel terbitan rabak-lit yang mencampur-adukan tulisan serta idea dari sepuluh orang penulis yang berlainan cara serta gaya penulisannya. aku syak, novel ini memang rabak sesuai dengan nama penerbitnya. melihat dari gaya sampul atau kulit, sudah tentu anda dapat mengagak sejauh mana psychedelic-nya isi dalam novel ini. cubalah beli dan baca. mana tahu kalau-kalau anda suka.
oh ya, aku adalah salah seorang penulis yang terlibat. sokonglah karya-karya penulis tempatan. paling kurang pun, sokonglah aku. peace!