untuk apa kau merindui seseorang yang ternyata sudah semakin jauh? tak. ini bukan soal jauh atau dekat. segalanya tentang rasa. kau fikir dia juga berkongsi rasa yang sama? aku tak fikir begitu. sebenarnya, ia bukan perihal rindu melainkan tentang aku; manusia yang gagal membunuh kenangan.
Wednesday, October 30, 2013
Gagal
untuk apa kau merindui seseorang yang ternyata sudah semakin jauh? tak. ini bukan soal jauh atau dekat. segalanya tentang rasa. kau fikir dia juga berkongsi rasa yang sama? aku tak fikir begitu. sebenarnya, ia bukan perihal rindu melainkan tentang aku; manusia yang gagal membunuh kenangan.
Tuesday, October 22, 2013
Kembali Sedar
kejutkan aku ketika cinta diseru
tuhan
kejutkan aku ketika dunia telah aman
kejutkan aku ketika tiada lagi
manusia
bergelar raja atau hamba ─ yang ada
cuma manusia setara
Sunday, October 20, 2013
Wednesday, September 25, 2013
Pencarian
seorang manusia yang berperasaan pada seorang manusia yang lain. sesama jantina mahupun berlainan jantina. ada yang meniti kebahagian dan tak kurang juga yang meredah kedukaan. kadangkala; ini semua membosankan. ya, ini semua bukanlah erti sebenar kehidupan. kerana kehidupan ini terlalu luas wilayahnya untuk diterokai. dalam cermin ada kau ~ dalam kau ada aku ~ dalam aku ada diri ~ dalam diri ada ruh ~ dalam ruh ada jalan — menuju tuhan.
Thursday, September 19, 2013
paranoid
pahlawan berjuang menentang penjajah
darah dan keringat mereka curahkan
segerombolan manusia tega mendera sejarah
pada 'abu mayat' timbul ketakutan
[R.I.P Chin Pheng (1924-2013)]
Wednesday, September 4, 2013
IKLAN : Novel Eksperimental
baru terbit! novel eksperimental, sebuah novel terbitan rabak-lit yang mencampur-adukan tulisan serta idea dari sepuluh orang penulis yang berlainan cara serta gaya penulisannya. aku syak, novel ini memang rabak sesuai dengan nama penerbitnya. melihat dari gaya sampul atau kulit, sudah tentu anda dapat mengagak sejauh mana psychedelic-nya isi dalam novel ini. cubalah beli dan baca. mana tahu kalau-kalau anda suka.
oh ya, aku adalah salah seorang penulis yang terlibat. sokonglah karya-karya penulis tempatan. paling kurang pun, sokonglah aku. peace!
Saturday, August 31, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)



