"Bekerja bukanlah semata-mata untuk wang, tetapi bekerjalah untuk mewajarkan kehidupan."
Wednesday, May 1, 2013
Monday, April 22, 2013
Lelaki dan Peluang dari Tuhan
saat mata terbuka dalam dingin samar subuh
umur bertambah dengan nyawa masih melekat di tubuh
betapa tuhan itu maha pemurah
membiarkan lelaki ini terus menghirup udara dari setiap arah
hidup atau mati — suatu pilihan
selebihnya adalah takdir dan ketentuan
dari tuhan cinta datang
kepada tuhan cinta dikembalikan
syukur -- untuk peluang-peluang
yang terkadang dipersiakan
22 April, 2013
ultah ke-26
Friday, April 12, 2013
Angin Perubahan?
Revolusi — adalah perubahan sosial dan budaya yang berlaku
dengan cepat serta melibatkan perkara asas atau utama dalam kehidupan masyarakat.
Dalam revolusi, perubahan boleh dirancang atau tanpa pemikiran sebelumnya dan
boleh berjalan tanpa kekerasan atau melalui keganasan. Ukuran kelajuan
suatu perubahan sebenarnya relatif kerana revolusi juga boleh
mengambil masa yang lama. Revolusi biasanya dikaitkan dengan dialektik, logik,
cinta serta meruntuh dan membina.
Dialektik revolusi mengatakan bahawa revolusi adalah suatu
usaha perubahan ke arah menuju kemaslahatan rakyat yang
disokong oleh pelbagai faktor, tidak hanya figur pemimpin tetapi melibatkan
semua unsur-unsur perjuangan beserta sarananya.
Logik
revolusi adalah bagaimana revolusi boleh dilaksanakan berdasarkan pengiraan
yang stabil dan mantap, bahawa revolusi tidak bisa dipercepat atau
diperlambat - ia akan datang pada waktunya. Kader-kader revolusi harus
diwujudkan dalam apa-apa cara dengan kesedaran kelas dan keadaan sebenar di
sekelilingnya.
Romantika
revolusi merupakan nilai-nilai dari revolusi, kenangan dan kebesaran di mana ia
dibina. Romantika ini menyangkut pemahaman historis dan bagaimana ia
disandingkan dengan pencapaian terbesar revolusi,
iaitu kemaslahatan rakyat. Telah terdapat banyak tugu peringatan
dan muzium menggambarkan kekuatan serta kemasyhuran revolusi di
banyak negara yang telah melaksanakan revolusi seperti yang terdapat di
Vietnam, Rusia, China, Indonesia dan negara-negara lain.
Meruntuh
dan membina merupakan sebahagian daripada bukti fizikal revolusi.
Pemerintahan cara lama yang yang membawa kesengsaraan kepada rakyat diubah
kepada pemerintahan baru yang lebih menjurus kepada keadilan dan kesamarataan
serta menjadi peranan yang besar untuk rakyat. Seperti di Bolivia; setelah
Hugo Chavez menjadi presiden, beliau segera merombak struktur pertanian di mana
mengutamakan tanah untuk rakyat serta menyingkirkan dominasi tuan tanah di
banyak daerah di negara itu.
Dalam
pengertian umum, revolusi mencakup semua jenis perubahan yang memenuhi
syarat-syarat tersebut. Misalnya Revolusi Industri yang mengubah wajah dunia
menjadi modern. Dalam definisi yang lebih sempit, revolusi umumnya difahami
sebagai perubahan politik.
Sebuah
revolusi yang baik adalah revolusi yang berterusan serta tidak pernah mati. Sentiasa
memperbaiki sesuatu untuk kebaikan bersama merupakan suatu nilai murni yang tidak
seharusnya berhenti di pertengahan jalan.
Dari mana dan ke mana arah angin revolusi akan betiup jika kita hanya
terkial-kial memangkah sekeping kertas yang tertera simbol-simbol parti politik
yang kononnya menjadi wakil untuk rakyat atas nama demokrasi? Apakah yang
dipilih benar-benar mewakili para pemilihnya? Dan apakah demokrasi hari ini
benar-benat berjalan secara telus di atas namanya? Cuba bayangkan, dunia tanpa
angin.
Mungkin,
manusia perlu lebih banyak belajar dari cinta-cinta yang telah gagal. Kerana
hidup adalah tentang menghargai, bukan cuma dihargai.
Thursday, April 4, 2013
Kocek Jeans Lusuh
[untuk zsm kocek]
Dia
seluk kocek jeans biru gelapnya yang sudah lusuh. Warna sudah pudar serta rabak
di sekitar paha dan lutut. Puas diseluknya kocek sebelah kanan dan kiri
beberapa kali - kosong. Cuma bau hapak yang menerewang naik, menusuk rongga pernafasan.
Mana pergi telefon bimbit skrin lampu biru dengan nada dering monofonik? Tak
lama selepas itu dia tersenyum. Rupanya sudah beberapa bulan telefon bimbit itu
terabai di atas meja dalam bilik, tidak terusik – sepi.
Sejak
perempuan yang dicintainya memutuskan hubungan kasih antara mereka, telefon
bimbitnya sudah jarang berbunyi. Dia pernah baling telefon bimbit itu ke
dinding tetapi langsung tidak terjejas. Baiklah, mugkin sedikit retak pada
penutupnya namun masih berfungsi seperti biasa. Dia malas untuk menjawab
panggilan atau membalas SMS dari rakan-rakan. Rata-ratanya nampak berminat dan
sering menyoal perihal kisah cintanya yang kecundang. Dia tak sanggup untuk
melontarkan kata-kata kesat, lebih baik berdiam diri.
Tak,
dia bukan mencari telefon bimbit skrin lampu biru dengan nada dering monofonik.
Ada sesuatu yang lain di dalam kocek jeans lusuh yang dia cari. Diraba, diseluk
berkali-kali namun masih tidak bertemu apa yang dicari. Kiri-kanan,
depan-belakang semua dia sudah periksa namun cuma habuk dan benang-benang kecil
yang diperoleh. Oh ya, juga bau hapak. Macam mana boleh tak ada? Kemudian dia
mencapai gitar yang tersandar di dinding lalu duduk di atas sebuah kerusi. Riak
wajahnya menunjukan bahawa dia kehilangan mood untuk bermain gitar. Ternyata,
gitar itu cuma dipegangnya sahaja.
Aku
menyeluruhinya kemudian menyoal, apa yang dia cari? Dia menatapku dengan
pandangan mata yang nanar. Beberapa detik kemudian, dia membalas bicara.
Katanya; THC lebih baik untuk kesihatan berbanding cinta. Kecanduan cinta jika
tidak dikawal bisa mengundang padah. Secara asasnya, manusia wujud atas dasar
cinta namun kegagalan atau ketidakseimbangan dalam cinta bisa melunturkan
seluruh warna jiwa. Katanya lagi; THC berupaya mewarnai jiwa-jiwa yang kehilangan
warna. Manusia tidak akan kecanduan THC jika sedar akan fisiologi serta pandai
mengadaptasi. Dia suruh ‘google’ jika tak tahu apa itu THC. Sekarang dia perlu
menambah kandungan THC ke dalam jiwanya. Tapi di mana? Dia masih mencari.
Aku
menghampirinya kemudian melemparkan sebuah senyuman. Aku suruh dia periksa di
celah telinga kiri. Pantas dia menarik balutan kertas putih yang terselit di
celah telinga kirinya lalu tersenyum. Celaka, terlupa, dia cakap. Dia minta
pemetik api dari aku. Katanya; dia dah berhenti merokok. Jadi dia tak ada
pemetik api. Kadang-kadang dia cuma guna mancis. Oh ya, dia berhenti merokok
bukan sebab kekasih. Bukan. Dia cakap, rokok memang membahayakan kesihatan dan
mungkin menyebabkan penyakit yang menjurus ke arah kematian. Hampir lima belas
tahun dia merokok dan berkali-kali dia sakit tapi dia belum rasa mahu mati. Dan
dia baru dua kali putus cinta tapi rasa macam mahu mati berkali-kali. Nasib
baik dia ada agama, ada Tuhan.
Dia
capai pemetik api yang aku hulurkan. Balutan kertas putih hampir sebesar ibu
jari terselip kemas di bibir. Dia kenyitkan mata padaku kemudian menyulut
balutan tersebut dengan pemetik api. Berkepul-kepul asap menerewang naik ke
ruang udara. Ada suatu bau yang memikat. Aku nampak dia masukan pemetik api aku
tadi ke dalam kocek jeans lusuhnya. Aku cakap, itu pemetik api aku. Alamak,
terlupa katanya sambil ketawa. Dia seluk semula kocek jeans lusuhnya. Beberapa
detik kemudian reaksi wajahnya sedikit berubah. Tak ada, dia cakap. Kiri-kanan,
depan-belakang tak ada. Dia cari celah telinga juga tak ada.
Dia
seluk semula kocek jeans lusuhnya. Kali ini melebihi pangkal lengan. Gila! dia
menjerit. Aku tanya dia, kenapa? Kocek jeans lusuhnya sudah berubah menjadi
suatu ruang interdimensi dan pemetik api kepunyaanku sudah hilang di dalam
ruang tersebut, dia jawab. Aku tak faham. Dia ketawa kemudian dia cakap, biar
dia habiskan balutan itu dahulu sebelum ianya terpadam. Berkepul-kepul asap
putih dihembuskan. Aku suka bau asap itu. Selepas habis menghisap balutan tersebut,
dia capai semula gitar dan pegang satu kod. Aku tak tahu kod apa. Katanya; dia
mahu mainkan aku sebuah lagu sebelum dia pergi. Mahu pergi mana? Dia cuma
tersenyum. Dia mula memetik gitar, menukar kod kemudian menyanyi.
I sail to the moon
I spoke too soon
And how much did it cost
I was dropped from
The moonbeam
And sailed on shooting stars
Maybe you'll
Be president
But know right from wrong
Or in the flood
You'll build an Ark
And sail us to the moon
Sail us to the moon
Sail us to the moon
Sail us to the moon
Suaranya
memang bagus. Kalau Thom Yorke mati awal, dia boleh jadi pengganti. Jonny,
Colin, Phil dan Ed pasti setuju menerimanya. Dah habis menyanyi dia cakap,
sekian terima kasih. Kemudian dia cakap lagi, dia mahu pergi. Belum sempat aku
tanya ke mana, aku lihat separuh badannya sudah berada di dalam kocek jeans
lusuh. Ya, kocek jeans lusuh yang dia pakai, yang warnanya sudah pudar serta
rabak di sekitar paha dan lutut. Juga berbau hapak. Aku jerit; nak ke mana!?
Sayup
kedengaran dia menjawab; mahu menuju euforia di dalam kocek jeans lusuh yang
sudah berubah menjadi ruang interdimensi. Dia pesan, jangan risau dan dia akan
kembali setelah menemui semula pemetik api aku yang hilang tadi. Kemudian
keadaan menjadi sepi. Di hadapanku kini cuma tinggal sehelai jeans lusuh dan
sebuah gitar. Oh ya, dan juga sisa-sisa bau asap yang menyenangkan. Aku
tersenyum sendirian.
Friday, March 29, 2013
Respek
respek merujuk kepada rasa hormat; kehormatan: menaruh -- atas perbuatan yang mulia. dan harus diingat, respek itu dua hala.
Friday, March 8, 2013
Thursday, March 7, 2013
Bangkai
seperti hidupan yang melata
aku kira ia sudah busuk mereput
jadi bangkai dalam dada
— hati mati
Subscribe to:
Posts (Atom)



