Tuesday, March 8, 2011

benci, benci, benci

Aku ambik dari sokernet ja...apa2 pun middle fingger untuk beliau. sekian...

Pakcik Massimo Busacca!!!



Nama: Massimo Busacca
Umur: 42 tahun
Hobi: Melayangkan kad merah
PMR: Semua merah
Makanan kegemaran: Ayam masak merah
Minuman kegemaran: Sirap merah
Pengadil diminati: Subkhiddin
Impian: Menjadi pengadil bola sepak terkenal dan melayangkan kad merah kepada Robin Van Persie

Sunday, February 20, 2011

superman & kryptonite

aku skang ibarat superman yg alah dan lemah kpd kryptonite...semuanya gara2
selsema! asyik meleleh ja higus nih. kepala pon berat semacam ja. aku dah lemau
satu badan. ubat aku dah telan tadi. tapi persoalannya, macam mana aku nak
teruskan hidup aku hari ni kalau asyik mengantuk + kepala berat aja. cilaka punya superman!


gambar hiasan

Friday, February 18, 2011

Hari Panas Sedunia

dalam kepala otak aku berlegar2 satu andaian bahawa, aku merasakan yg lapisan
ozon dah makin menipis dan tinggal 2 setengah inci ja skang nih! panas babe!
aku dah mandi peluh nih. jadi dengan ini, aku istiharkan hari ini sebagai hari panas sedunia.



notakaki : aku nak pi mandi untuk kali yg ke-7

Saturday, February 12, 2011

Wednesday, February 2, 2011

GONG XI FA CAI


                                "GONG XI FA CAI"

Kung Hei Fat Choy...Happy Chinese New Year...Selamat Tahun Baru Cina...
dan selamat bercuti juga aku ucapkan kpd semua kaum Cina yang aku kenal 
mahupun yang aku tak kenal dan kepada seluruh rakyat Malaysia. semoga 
tahun 2011 ni banyak"ong" ! 


kalau dalam kalender, 2011 jatuh pada tahun arnad berdasarkan kitaran 12 haiwan zodiak Cina. ada apa dengan arnab nih? anarkis kah ia? yg aku tau arnab ni binatang yg cergas dan comel! tapi untuk pengetahuan semua arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. takda sapa2 pun yang mengabaikan arnab kerna mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.


mengikut kepercayaan masyarakat cina, tahun arnab dipercayai sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional. akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan. ni berdasarkan apa yg aku baca tentang kepercayaan masyarakat cina. jadi jgn duk fikir yg arnab hanya sedap utk dibuat satey saja.









notakaki : sebenarnya, kalau ikut kalendar aku kira tergolong dalam tahun arnab gak.
                so, tak salah kan aku puji2 si arnab nih. hahaha...go arnab!

Saturday, January 22, 2011

we call "ikan karin"

ntah pasaipa, sehari dua ni tetiba ja aku rasa kacip nak bela betta fish. spesis ikan nih lebih dikenali dengan nama ikan laga atau orang kedah panggil ikan karin. dulu time kecik-kecik, abis bendang aku turun nak cari ikan nih buat lawan. kalau nasib dapat yg baka baik punya, memang sedap la aku belasah kawan-kawan lain! hahaa...

budak-budak kampung time tu semua layan permainan oldskool ja mcm gasing, guli, senapang kayu, cakplong, wau, dan termasuk la lawan ikan. sekitar 90an memang rancak laga ikan nih. bila ikan lawan menang, perghhh!...hanya orang yg pernah main ja tau rasanya.rasa bangga, bongkak,dan rasa hero bercampur-baur...haha. memang kacip main menda2 oldskool cmni zaman tu ( sebelum wujudnya game pes atau call of duty dan permainan canggih2).

tapi zaman dah berubah, aku bela ikan karin ni bukan nak buat laga atau lawan. aku pon bukan jahil macam zaman budak2 dulu...haha. jangan menindas binatang,mereka juga punya hak...! best sebenarnya membela ikan spesis ni. bentuk dia, warna dia semua cantik! bela pon senang, tak banyak songeh. ikan ni boleh bikin release tension babe! bagi aku bela ikan karin nih kira art jugak ah.






notakaki : dah lama aku tak bela ikan nih. tapi skang aku dah start bela dah sekor.
                lepas ni ingat nak tambah lagi dua-tiga ekor.
                  

Saturday, January 15, 2011

PUISI

Aku Bermimpi Melihat Surga 


Sungguh, malam ketiga di Pangkalan Punai aku bermimpi melihat surga
Ternyata surga tidak megah, hanya sebuah istana keci di tengah hutan
Tidak ada bidadari seperti disebut di kitab-kitab suci

Aku meniti jembatan kecil
Seorang wanita berwajah jernih menyambutku
“Inilah surga” katanya.

Ia tersenyum, kerling matanya mengajaku menengadah
Seketika aku terkesiap oleh pantulan sinar matahari senja
Menyirami kubah-kubah istana
Mengapa sinar matahari berwarna perak, jingga, dan biru?
Sebuah keindahan yang asing

Di istana surga
Dahan-dahan pohon ara menjalar ke dalam kamar-kamar suci
Yang bertingkat-tingkat
Gelas-gelas kristal berdenting dialiri air zamzam
Menebarkan rasa kesejukan

Bunga petunia ditanam di dalam pot-pot kayu
Pot-pot itu digantungkan pada kosen-kosen jendela tua berwarna biru
Di beranda, lampu-lampu kecil disembunyikan di balik tilam,
indah sekali
Sinarnya memancarkan kedamaian
Tembus membelah perdu-perdu di halaman

Surga begitu sepi
Tapi aku tetap di sini
Karenaku ingat janjimu Tuhan
Kalau aku datang dengan berjalan
ENGKAU akan menjemputku dengan berlari-lari.


PUISI :  Aku Bermimpi Melihat Surga di ambil dari novel Laskar Pelangi
            tulisan Pak Adrea Hirata. Sebuah novel yg tersangat bagus
            berbanding novel2 cinta yg bersepah di pasaran. Seorang pemimpin
            bisa saja dianggap gelap hati dan tiada perasaan jika beliau membaca
            novel ini tetapi langsung tidak mempedulikan soal pendidikan
            lebih2 lg dikalangan rakyat miskin.