melangkah ke tahun baru, meninggalkan tahun lepas. angka pada umur pun makin bertambah, tanggungjawab juga bertambah (tp org bujang cm aku rilex ja la). terasa dunia ni pun makin tua. yang muda meningkat tua dan yang tua semakin tua. melangkah di dunia hari ni harus berjaga-jaga.
nak dijadikan cerita...kelmarin ketika aku ngan member aku berjalan pulang dari kelas, kami berdua melintasi sekumpulan student perempuan. seperti biasa, aku membuat muka slumber dan cool (cool la sangat). aku tengok member aku membetulkan rambut dia. kami berdua meneruskan perjalanan dengan gaya lelaki macho sambil mata mengerling ke arah gadis2 tersebut. langkah kami agak laju dan tiada tanda2 mahu berhenti atau singgah di mana2 walaupun sekadar pekena roti canai + teh tarik kat kedai mamak yg baru saja kami lewati sebentar tadi. masing2 mahu cepat sampai ke bilik.
terlihat ke arah gadis2 tadi sedang ketawa dengan asyiknya. semakin lama semakin rancak dan menjadi2 ketawa mereka. entah apa yg mereka ketawakan aku sendiri tak pasti. yg pastinya mmg buruk pemandangan tersebut di mana gadis2 yg ketawa tak ingat dunia. ketika menghampiri mereka, mulut aku secara tiba2 tanpa dapat dicontrol terus mengeluarkan kata, "amboi, gelak sakan nampak?" member aku mencelah "sukanya dia,gelak hapa tuh?" hal ini membuatkan gadis2 tersebut menoleh ke arah kami berdua. dalam pada itu, masih tiada tanda2 yg menampakan mereka akan berhenti ketawa malah ketawa mereka makin menjadi. salah seorang daripada mereka menjawab, "biasa ar bro, happy ending!" entah apakejadahnya yg happy ending pun aku tak tahu. "jangan suka sangat, nnt jadi bad ending" aku menambah ringkas. mereka terus ketawa. member aku senyum2 kambing.
tiba di sebijik tangga, tiada angin yg bertiup, tiada guruh yg berbunyi, tiada halilintar yg berdentum, tanpa disangka2 satu tragedi menyayat hati (utk mereka) dan geli hati (utk aku) telah terjadi. secara tiba2 salah seorang daripada gadis2 tersebut telah tersilap langkah dah terjatuh ketika menuruni anak tangga tersebut. kejadian itu betul2 berlaku di depan mata aku. gaya beliau jatuh sangatlah pelik di mana beliau terjatuh dalam posisi melutut di atas anak tangga. sakit tuh! rupa-rupanya dia ialah gadis yg menyebut "happy ending" sebentar tadi. aku tegok member aku sedikit terkejut dan seakan2 cuba membantu. "eh, awak ok ke?" member aku bertanya tanda kesian. aku sekali lagi menoleh melihat wajah member aku yg penuh rasa simpati. tiba2 mata aku berair. satu perasan yg tak dapat lagi dibendung. mata aku berair bukan kerna sedih tapi aku dah tak dapat menahan rasa ingin ketawa. akhirnya berderailah gelak ketawa aku yg melampau, HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA...WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!
melihat aku ketawa macam orang gila, member aku yg tadi dalam mood simpati turut berubah menjadi gila dan terus ketawa! HAHAHAHAHAHAHA...lawak nak mampus! kini kami berdua pula yg mengambil alih tugas ketawa dari gadis2 tersebut. "jahatnya, ketawakan orang!" gadis2 itu mengherdik. "biasa ar, happy ending la katakan" aku menjawab ringkas dan terus menyambung ketawa. "Sudah jatuh di atas tangga nasib baik tak ditimpa tangga" member aku menambah. kami ketawa lagi.
gadis2 tersebut terdiam sepi, dengan raut wajah mereka menunjukan tanda2 kekesalan. lebih parah lagi, beliau yg jatuh itu juga terpaksa menanggung perasan malu hingga merah mukanya. aku tengok dia macam nak menangis ja. akibat tak tertahan lagi, aku mengajak member aku meneruskan perjalan. aku sempat mengucapkan kata terakhir untuk mereka sebelum beredar, "hidup tak semestinya sentiasa ada happy ending". kami berdua terus berlalu meninggal gadis2 tersebut yg diam seribu bahasa. sepanjang perjalanan ke bilik, aku tak henti2 ketawa. perjalanan kami dipenuhi gelak ketawa. dalam kelucuan itu, aku mengatur langkah dengan penuh hati2 menuruni anak tangga. jangan aku pulak yg jadi bahan ketawa nanti!
moral : janganlah kita terlalu leka dan bergembira dengan nikmat di dunia ni,
sedangkan kita tidak tahu apa yg bakal terjadi di kemudian hari.
melangkahlah dengan rasa rendah diri dan berhati-hatilah menempuh
kehidupan di dunia. jadi, awasi langkah anda! (kena pakai slipper asadi ka?)
Tuesday, January 4, 2011
Tuesday, December 28, 2010
Angin December
bulan 12 ataupon december merupakan bulan yang terakhir dalam sesebuah tahun. ada apa dengan december atau hujung tahun ni? entah...aku saja2 tulis, haha. apa2 pun merry xmas untuk semua penganut christian di malaysia dan di seluruh dunia. cepat pulak rasanya, pejam-celik ja dah nak habis 2010. laju btoi waktu beredar. aku rasa lah kan bumi sekarang tengah menambahkan kelajuan putarannya mengeliligi orbit. sebab itu rasa cepat semacam ja waktu berlalu. (sekadar ilusi bukan teori)
sebenaqnya bulan december ni merupakan bulan di mana aku paling banyak mengoder stuff! tak kiralah stuff berbentuk bahan bacaan (zine) ataupun bahan musical (cd dan tape). yang penting semunya adalah rilisan d.i.y! bulan ni mmg bnyak stuff yg aku oder. aku rasa december tahun ni aku nak istiharkan bulan paling banyak aku oder stuff. dah berjuta2 lemon aku habiskan untuk stuff2 ni...haha. tapi aku rasa 'angin' aku sedikit berubah. lewat ini aku jadi teruja untuk mengoder rilisan berbentuk kaset! ya, kaset ataupun tape yang dah kurang popular berbanding cd zaman sekarang ni. tapi aku agak gembira kerna terdapat distro/label records yang masih meneruskan usaha mengeluarkan rilisan dalam format tape ni. ini istimewanya d.i.y punk/hc bukan mcm industri arus perdana yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
kat sini aku tulis sikitt cerita/sejarah pasal tape yg aku ambil dan ubahsuai dari wikipedia; compact cassette, yang biasa disebut kaset, pita kaset, atau tape adalah media penyimpan data yang umumnya berupa lagu. berasal dari bahasa perancis, yakni cassette yang berarti "kotak kecil". kaset berupa pita magnetik yang mampu merakam data dengan format suara. dari tahun 1970 sampai 1990-an, kaset merupakan salah satu format media yang paling umum digunakan dalam industri musik. kaset terdiri dari kumparan-kumparan kecil. kumparan-kumparan dan bagian-bagian lainnya ini terbungkus dalam bungkus plastik berbentuk kotak kecil berbentuk persegi panjang. di dalamnya terdapat sepasang roda putaran untuk pita magnet. pita ini akan berputar dan menggulung ketika kaset dimainkan atau merakam. ketika pita bergerak ke salah satu arah dan yang lainnya bergerak ke arah yang lain. hal ini membuat kaset dapat dimainkan atau merakam di kedua sisinya. contohnya, side A dan side B.
dulu memang aku lebih sukakan rilisan berbentuk cd, tp secara tiba2 aku rasa lebih teruja untuk mengumpul tape. mungkin ini yang dinamakn gila tape? haha...gila spesis apa tu? secara jujurnya aku katakan dalam banyak² stuf yg aku oder lewat ni aku lebih banyak mengoder kaset. merasakan puas sekiranya dapat menambah koleksi tape aku. itu yang aku rasa sekarang. lebih² lagi sekarang ni distro/mailoder local tengah rancak mengadakan year end sale dan jualan penghabisan stock. so, aku rembat ja la yang mana bekenan...haha. thanx to borhan from bullwhip records untuk stuff2 yang telah selamat sampai. bullwhip records ni merupakan sebuah distro/mailoder tempatan yang paling aku percaya dan suka berurusan. dah lebih 5 tahun aku berurusan dengan borhan, tanpa ada masalah...santai. aku harap distro/mailoder local yang lain juga terus bersikap jujur berlandaskan prinsip d.i.y punk/hc yang sama² kita percaya di mana keuntungan bukan segala-galanya (idea dan propaganda yang harus diutamakan). grindcore against rip-off ! thanx gak kepada mailorder tempatan mcm bebal mailorder, pissart records, green peace distro (sekadar menyebut beberapa nama) dan kawan² yang dah berurusan dengan aku. senang berurusan dengan kalian semua. semoga label records/distro/mailoder local terus wujud untuk memastikan segala material berunsur d.i.y ni terus rilis di muka bumi malaysia ataupun ke serata dunia (perghh...penuh wawasan). go d.i.y !
notakaki : lagu² d.i.y punk/hc bukan sekadar music semata-mata. tapi padat dengan
idea dan propaganda. music for revolution. go!
Thursday, December 16, 2010
I'M THE LUCKY PERSON
Number Anda (0124579xxx)
Telah Berjaya Cabutan B'tuah
RM17.000.00,-
No Siri ; 778899
Sila Call Office:
0128063649
ORIGINAL
Penghantar;
Power Root
Sender:
+6285230151918
Message centre:
+62812049951
Sent:
16-Dec-2010
16:25:15
Telah Berjaya Cabutan B'tuah
RM17.000.00,-
No Siri ; 778899
Sila Call Office:
0128063649
ORIGINAL
Penghantar;
Power Root
Sender:
+6285230151918
Message centre:
+62812049951
Sent:
16-Dec-2010
16:25:15
petang tadi, sedang aku bersenang-lenang di kamar.....
this is my lucky day! bertuah punya orang! kepala hotak tokwan dia! aku minum power root pun 5 tahun sekali (maksudnya sangat jarang!) beli...TAK PERNAH! minum pun secara kebetulan sebab abang ipaq aku bagi...haha. join peraduan, jauh sama sekali. tiba2 menang duet, banyak pulak tu! gila. masuk ni dah 4, 5 kali dah aku dapat mesej macam ni. maksudnya dah 4, 5 kali jugak la aku terpilih sebagai insan yang "bertuah". aku kaya! bodoh punya orang.
Friday, December 10, 2010
OLD MANIPULATIVE DEMOCRACY
Democracy never took place in Malaysia government since year 1957 when Malaysia got the independence from the British imperialism. The rulling government (UMNO/BN) manipulates the world democracy in order to win the peoples heart and trust to keep supporting them to rule Malaysia until now.
Malaysians government is a racist and religious oriented. They are struggling to defend one race to keep them in the safe side. They create barrier among the races and established an exclusive right for those who belongs to Malay race. Democracy is been misused and obscured with their own agenda and issues.
They hold and election for every 5 years to show that they practice democracy which turns out to be another scam of their shitty politics because the democracy is just surfacely done and bears too much hidden lies. All the leftist political parties involved in the election have very limited rights and spaces to express their feeling and issues. Everyone has very limited freedom of speech. All the medias are being controlled by the rulling government and no one in the left wings can appear in the media to spread their ideas and opinions.
So, what is the role of democracy? Malaysian government (UMNO/BN) has become too arrogant. They infuse hatred into people towards the oppositions. Election become one symbol of power when by whoever gets the majority votes seems to have rights to suppress and hate others. The right wings political movement, they all are big liars!
(Explanation of old manipulative democracy – song by Osmantikos)
diambil dengan sedikit ubahsuai dari split Osmantikos/Distrust
notakaki : ini tak bermaksud aku pro mana-mana parti,tapi ada otak tak kan
tak reti² fikir lagi? (huh...petrol+gula naik harga lagi)
so, bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu! ala, nak jd negara maju
lah katakan apa barang pakai minyak subsidi!
Saturday, November 27, 2010
Salah Kerbau Yang Hodoh?
"surat kau dah sampai, tapi duitnya tak ada?" aku terima sms tu tadi. ini bemaksud ada 'orang' yang tak bertanggungjawab dah selongkar sampul surat aku masa proses penghantaran surat itu berlaku! ya, salah aku juga sebab pos surat beserta wang tunai. nasib baik 6 ringgit ja. kalau 60? 600? 6000? (memang aku tak akan pos la kalau banyak macam tu...haha...bodoh) tak ke rugi aku. sebenarnya aku ada la layangkan surat kepada seorang teman untuk oder stuff dari dia. tapi tak sangka pulak jadi mcm ni! (no problem bos, aku percayakan hang), sori lah yer...nanti aku bank in ja.
masalahnya di sini, aku bukan la nak ceritakan kerugian aku yang tak seberapa tu, tapi aku nak mempertikaikan perkhidmatan pos yang begitu cuai. salah jugak aku selit wang tunai dalam surat tu tapi ada apa masalah pulak dengan 'orang' yang buka sampul aku tu!? apakejadahnya semua ni!? aku bukan la 100% nak menunding jari menyalahkan perkhidmatan pos malaysia, pos thailand, pos sri langka atau sebagainya (apa aku merapu?) tapi aku sangat tak puas hati terhadap individu yang tak bertanggungjawab yang ada terlibat dalam perkhidmatan tersebut. pasaipa pulak yang 'dia' duk pi buka sampul aku tu? tak ke susah kalau sampul yang 'dia' buka tu merupakan surat cinta aku yang aku utus untuk kekasih hati aku? apa pulak akan jadi kalau 'dia' tu pandai² ubah kandungan surat cinta aku tu? tak ke dia menyusahkan aku, bila kekasih aku mintak putus sebab ada sesuatu yang tak kena dengan surat cinta aku tu! susah la macam ni. (eh, ada lg ke orang bercinta main kirim² surat zaman sekarang ha???)
maksudnya di sini, kerna terdapat individu yang bersikap kurang ajaq (aku rasa 'dia' kurang ajaq) dan tak bertanggungjawab dalam perkhidmatan ni telah menyusahkan orang lain sebagai pelanggan yang percayakan perkhidmatan itu. ini adalah sesuatu yang tak bagus! kerna seekor kerbau yg hodoh, kerbau2 lain juga dianggap hodoh. (aku baru reka peribahasa ni...tapi mengapa kerbau?) ini juga bukan soal wang yang hilang tapi soal kepercayaan. orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan yang sedia ada kalau masih wujud individu yang tak bertanggungjawab ni. aku juga bukan la nak salahkan posmen, kerani pos mahupun sesiapa tapi hanya 'dia' yang tahu siapa dia. terlalu anarkis sangat bagi aku kalau pos guna burung merpati. so, harap kejadian macam ni tak akan berulang lagi! sekian.
notakaki : ini soal kepercayaan, jangan sebab benda2 macam ni rakyat/pelanggan
jadi mangsa dan hilang kepercayan. (diorang scan ke sampul nak tau ada
duit ke apa...bukak semua sampul dan chek nasib2 ada duit?
ah,karut...tak mungkin la).
Wednesday, November 24, 2010
read more, learn more #1
saat abang posman berhenti kat depan rumah aku, aku rasa sangat teruja kerna aku tau 'barang' aku sudah sampai! sehari sebelum hari raya aidiladha bermaksud aku berada di kampung halaman. aku buka sampul surat tu dan aku tersenyum sendiri bila di tangan aku kini terdapat 'a malaysian zine omnibus vol.1'! ya...zine itu sudah menjadi milik aku. thanx to azizi grind!
tengok cover, memang menarik. terlihat seorang punk yang menggalas beg guitarnya di kaki lima kota. artwork yang menarik dari nan (think smart act blur comix zine). zine yang aku maksudkan ini adalah HOMESICK zine di mana untuk pengetahuan anda yang tidak tahu, zine ini telah diriliskan dalam bentuk omnibus iaitu menghimpunkan tulisan-tulisan dari editor zine sekitar tanahair samada yang sudah lama mahupun yang baru dalam scene zine tempatan. diterbitkan 80% dalam bahasa ibunda dan 20% dalam bahasa penjajah. projek omnibus ini dijayakan dengan saudara nizang dari mosh zine sebagai moderator.
dengan terhasilnya zine seperti ini menunjukkan bahawa kewujudan zine dalam scene punk/hc bukanlah bersifat persaingan tetapi ia wujud untuk solidariti sesama editor, mahupun pembaca dan yang mendukung usaha itu sendiri. syabas diucapkan untuk editor-editor yang terlibat dalam menjayakan projek omnibus ini!
satu usaha yg bagus dalam memastikan budaya zine ini tak "mati" dalam scene punk/hc tempatan. aku harap homesick ini aku terus wujud untuk isu² yang seterusnya. dan aku juga harap selepas ini lebih ramai editor² zine serata tanahair mengambil bahagian. go!
aku rasa sangat 'sedap' untuk membaca zine dalam bentuk omnibus ini sebab aku dapat baca pelbagai isu/pendapat/gaya penulisan dari editor² zine yang berlainan dalam satu zine! aku pula tengah bercuti ketika ini, memang la best aku duk rileks² sambil baca zine. macam² isu yang diketengah oleh editor² yang mengambil bahagian dalam zine ini. ada yang menulis tentang isu semasa, menulis tentang kehidupan penulis, ada yang berkisar mengenai scene punk/hc tempatan, ada yang mengutarakan tentang zine culture dan salah satu daripadanya yang menarik perhatian aku adalah tentang kesihatan! bebelan oleh ayien (adaptation zine) yang bertajuk "oral dan cara pemakanan". sangat enak untuk dibaca kerana beliau bercerita tentang penjagaan oral atau gigi di mana sesetengah individu memandang remeh terhadap hal tersebut. beliau menerangkan tentang kebaikan flourida untuk kesihatan gigi, merupakan satu bahan yang terdapat dalam ubat gigi. flourida seakan sama seperti komposisi anatomi gigi dan sangat bagus untuk kesihatan gigi! ini menjawab persoalan di mana ada pihak yang pandai² cakap flourida itu bahaya untuk kesihatan. selain itu, beliau juga ada menyebut tentang kebaikan xylitol iaitu satu bahan menggantikan sucrose (gula) yang terdapat dalam chewing gum. kata ayien si doktor gigi, "punk tu punk juga...tapi gigi kena jaga!" haha...satu penulisan yang bagus aku rasa.
antara zine² yg terlibat dalam homesick ini merupakan zine² yang dah lama wujud mahupun yang baru dalam scene local. antara yang terlibat adalah :
- Abstained Agogo 9.1
- Conscious
- DRSA #10.2
- Adaptation 4 1/2
- A Dream ? vol.2.5
- Ancaman Kecil #2.5
- Bebal #9
- Qaseh Sayunk 3.5
- Mosh # 13.5
- Dead Memories issue5
- Hitam Putih #2.1
- Masked Reader #11
- Sebutir Bintang Merah
- Ranjau Di Jalanan #5
- Blur #4.5
sekali lagi syabas, dan kudos untuk mereka² yang terlibat! aku harap homesick akan terus kekal untuk isu² yang seterusnya bagi memeriahkan lagi scene punk/hc tempatan. go! sekian.
![]() |
| homesick 'a malaysian omnibus zine vol.1'. untuk dapatkan zine ini sila hubungi saudara nizang berdasarkan alamat yang tertera dalam gambar di atas. ayuh, support zine tempatan! |
Thursday, November 11, 2010
Bernafas Lega
fuhhh...! aku menghembus nafas lega (berserta asap rokok yang di dalamnya dipercayai mngandungi 4000 jenis bahan kimia - tapi aku masih tetap hisap juga!) . paper dah habis, exam dah tamat! jadi aku sedikit lega dan rasa bebas dari belengu peperiksaan yang aku rasa agak menyebalkan bagi seorang student yang suka study last minute macam aku. susah juga terjebak dalam bidang kejuruteraan ni. hampir 2 minggu aku terpaksa menghadap buku/modul untuk subjek yang aku ambik sem ni. malay ada english ada nasib baik modul aku tak ada yang dalam bahasa sanskrit!
jadi, sekarang adalah masa aku bertenang sebelum keluarnya result (di mana ketika itu perasaan berubah menjadi seolah² seorang kanak-kanan yang cuak menunggu giliran bersunat). masa yang agak terluang macam ni aku rasa bagus untuk aktivi pembacaan zine lah. aku dah oder zine dari saudara azizi (editor BEBALZINE). bebal zine isu-10 yang dia pos 2 minggu lepas pun aku baru saja habis baca. menarik juga isu kali ni. kalau ada masa nanti aku rasa macam nak tulis/ulas (cara aku sendiri) tentang isu2 yang dimuatkan dalam zine² yang aku baca. aku rasa gembira juga sebab masih wujud editor² zine yang tetap rajin dan tak jemu² menulis begini. go!
aku rasa, adalah amat bagus kalau aku pelbagaikan bahan bacaan aku. sekurang-kurangnya tak ada lah aku rasa macam tinggal dalam aquarium kosong. (apa yang aku cuba maksudkan?) dan aku rasa aku pelu baca apa saja yang aku rasa ingin baca. membaca itu pun memerlukan teknik yang tersendiri. baru lah apa yang kita baca itu memberi kesan terhadap perkembangan pengetahuan, tingkahlaku mahupun hidup kita. dan selain bermusik, berpuisi, melukis atau menulis aku rasa membaca juga satu art.
notakaki: aku bukan seorang pembaca tegar ataupun ulat buku
Subscribe to:
Posts (Atom)



